"Bila
takdir berbicara, lidah kelu tidak terkata. Allah itu Maha Adil, Maha
Mengetahui setiap kehendak hamba-NYA. Tarbiyah-NYA penuh hikmah. Bila hati
tawakal pada-NYA, ketenangan pasti menyinggah. Tersentuh akan nikmat kasih-NYA
pada diri. Katakan pada hati, segalanya punya hikmah yang telah cantik di susun
-NYA. Senyum lah selalu walau di uji, walau hati rasa tak mampu dengan ujian.
Kita perlukan-NYA lebih dari segala-galanya. Di mana DIA di hatiku? Carilah DIA
disetiap langkah"
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kehidupan manusia, ada jangka hayatnya. Allah beri nikmat hidup untuk dimanfaatkan sebaiknya. Menanam baja didunia, untuk dituai hasilnya diakhirat. Ibarat sebatang pensil, banyak perkara dan manfaat kita perolehi daripada sebatang pensil.Begitu juga seharusnya kehidupan manusia.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Kehidupan manusia, ada jangka hayatnya. Allah beri nikmat hidup untuk dimanfaatkan sebaiknya. Menanam baja didunia, untuk dituai hasilnya diakhirat. Ibarat sebatang pensil, banyak perkara dan manfaat kita perolehi daripada sebatang pensil.Begitu juga seharusnya kehidupan manusia.
Pertama, pensil itu
mengingatkan jika kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan
lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka ingatlah, akan adanya
kuasa yang membimbing langkah hidup kita, iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu
membimbing kita menuntut kehendakNya.
Kedua, ketika menulis, pensil akan
kerap menjadi tumpul. Kita terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel itu
pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan kemas
tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam kehidupan kita. Kita mesti berani
menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau pendorong untuk diri kita menjadi
lebih baik.
Ketiga, pensil itu mungkin menghasilkan
tulisan yang salah. Namun, kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini
semula. Begitulah manusia, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia
bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kelemahan, kita akan
sentiasa berusaha berada di jalan yang benar.
Keempat, tahukah kita
yang mana lebih penting. Antara luar dan dalam pensil? Sudah tentu arang atau
karbon di dalamnya. Sebagaimana adanya sekeping hati dalam diri manusia. Oleh
sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan
hindarilah kerana ia membentuk kita diluarnya.
Kelima, pensil ini
selalu meninggalkan tanda atau goresan apabila menulis. Begitu juga kita, apa
sahaja yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri kita atau pada
orang lain. Maka berhati-hatilah sebelum bertindak.
Jika sebatang pensil Allah ciptakan punya manfaat yang pelbagai buat
manusia, pastinya manusia yang Allah ciptakan ini juga punya manfaat yang lebih
untuk seisi alam ciptaanNya.
.: Notakaki : Memanfaatkan kehidupan bukan
hanya untuk diri sendiri. Hargai nikmat diri yang Allah beri. Indah ciptaan
Allah, indah peraturan Allah. Pesanan khusus buat diri sendiri. :.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar