JALAN PULANG
Pada kebiasaannya ada dua
jalan yang dilalui salik untuk kembali ke kampung akhirat dan bertemu dengan
Penciptanya yang dikasihi.
Jalan yang pertama adalah
yang berpandukan Hadis berikut:
Man `arafa nafsahu
faqad `arafa rabbahu:
Siapa yang mengenal dirinya
makan ia akan mengenal Tuhannya.
Jalan yang kedua adalah yang
berpandukan kata-kata ini:
Man `arafa rabbahu
faqad `arafa nafsahu:
Siapa yang mengenal Tuhannya
maka ia akan mengenal dirinya.
Mari kita lihat antara dua
jalan ini satu persatu, kita mulai dengan,,
Jalan Pertama:
Jalan ini biasanya
dilakukan oleh para pencari murni, mereka belum memiliki panduan tentang Tuhan
dengan jelas. Dia hanya berfikir dari yang sangat sederhana …iaitu ketika ia
melihat sebuah alam tergelar, muncul pemikiran pasti ada yang membuatnya atau
ada yang berkuasa dibalik alam ini, … mustahil alam ini ada begitu saja … dan
alam merupakan jejak-jejak penciptanya … Dengan falsafah inilah orang akhirnya
menemukan kesimpulan bahawa Tuhan itu ada.
Sebagian ahli sufi
menggunakan pendekatan falsafah ini dalam mencari Tuhan, iaitu tahap mengenal
diri dari segi wilayah-wilayah alam pada dirinya, misalnya mengenali hatinya
dan suasananya, fikiran, perasaannya, dan lain-lain sehingga dia boleh
membezakan dari mana ilham itu muncul, … apakah dari fikirannya, dari
perasaannya, atau dari luar dirinya.
Akan tetapi penggunaan jalur
seperti ini sering kali membuat orang mudah tersesat, kerana pada
tahap-tahap wilayah ini manusia sering terjebak pada ‘keghaiban’ yang dia lihat
dalam perjalanannya, yang kadang-kadang membuat hatinya tertarik dan
berhenti sampai di sini, kerana kalau tidak mempunyai tujuan yang kuat kepada
Allah pastilah orang itu menghentikan perjalanannya . Kerana di sana dia
boleh melihat fenomena dan keajaiban alam-alam dan mampu melihat
dengan kasyaf apa yang tersembunyi pada alam in, akhirnya mudah muncul
‘keakuannya’ bahawa dirinyalah yang paling hebat, akan tetapi jika dia kuat
terhadap Tuhan adalah tujuannya, pastilah dia selamat sampai tujuannya iaitu
Allah.
Analisis yang
dilakukan tersebut adalah jalan terbalik, kerana dalam pencariannya ia telusuri
jejak atau tanda-tanda yang ditinggalkannya (melalui ciptaan dan
alam), ibarat seseorang mencari kuda yang hilang, yang pertama di telusuri
adalah jejak tanda kaki kuda, kemudian memperhatikan suara kuda dan akhirnya di
temukan kandang kuda dan yang terakhir dia menemukan wujud kuda yang
sebenarnya. Hal ini sebenarnya sangat menyulitkan para pelaku pencari
Tuhan, kerana terlalu lama di dalam alam-alam yang akan di laluinya.
Jalan Kedua:
Kaedah ini adalah melangkah
kepada yang paling dekat dari dirinya, iaitu Yang Maha Dekat, Allah, dan jalan
ini adalah yang berpandukan Al Quran. Di dalam Al Quran
Allah menunjukkan jalannya dengan sangat sederhana dan mudah.
Mari kita perhatikan
cara Tuhan menunjukkan para hamba yang mencari Tuhannya .
“Dan apabila
hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila berdoa
kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perinta-Ku) dan hendaklah
mereka itu beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS.
Al Baqarah: 186)
“Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan menusia dan mengetahui apa yang di bisikkan
oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.” (QS. Al
Qaaf: 16)
Ayat-ayat di atas,
mengungkapkan keadaan Allah sebagai wujud yang sangat dekat, dan kita diajak
untuk memahami pernyataan tersebut secara sempurna. Al Quran
mengungkapkan jawapan secara dimensi dan dilihat dari perspektif seluruh
sisi pandangan manusia sesempurnanya.
Saat pertanyaan itu
terlontar, di manakah Allah ?
Maka Allah menjawab: Aku ini
dekat, kemudian jawapan meningkat sampai kepada, Aku lebih dekat dari urat
leher kalian. Atau di mana saja kalian menghadap di situ wujud wajah-Ku…dan Aku
ini maha meliputi segala sesuatu .
Di dalam Islam memulakan
perjalanan dengan pengenalan kepada Allah terlebih dahulu, iaitu dengan
zikrullah (mengingat Allah), … kemudian kita diperintah langsung mendekati-Nya,
kerana Allah sudah sangat dekat, tidak perlu anda mencari jauh-jauh
melalui alam-alam yang amat luas dan membingungkan, alam itu sangat
banyak dan bertingkat-tingkat.
Tidak perlu kita memikirkannya,
cukup dengan jiwa mendekat secara langsung kepada Allah, kerana orang
yang telah berjumpa alam-alam belum tentu ia tunduk kepada Allah, kerana alam
di sana tidak ada bezanya dengan alam di dunia ini kerana semua adalah
ciptaan-Nya.
Akan tetapi jika anda
memulakan dengan cara mendekatkan diri kepada Allah, maka secara automatik anda
akan diperlihatkan dan dipersaksikan kepada kerajaan Tuhan yang amat
luas. Maka perjalanan kedua iaitu, barang siapa kenal Tuhannya maka dia
akan kenal dirinya, adalah perjalanan yang lebih selamat. Sebab kalau kita
kenal dengan pencipta-Nya, maka kita akan kenal dengan keadaan diri kita dan
alam-alam di bawahnya, kerana semua berada dalam genggaman-Nya, kerana
Dia meliputi segala sesuatu, kerana Dia ada di mana saja kita ada, dan
Dia sangat dekat.
Islam mengajarkan di dalam
mencari Tuhan, telah diberi jalan yang termudah dengan dalil barang siapa kenal
Tuhannya maka dia akan kenal dirinya, hal ini telah ditunjukkan oleh
Allah bahawa Allah itu sangat dekat, atau dengan dalil: …barang
siapa yang sungguh-sungguh datang kepada Kami, pasti kami akan tunjukkan
jalan-jalan Kami… (QS: Al ankabut: 69 )
“Wahai orang-orang yang
beriman jika kamu bertakwa kepada Allah niscaya dia akan menjadikan bagimu
furqan (pembeza).” (QS : Al Anfaal: 29)
Ayat-ayat ini membuktikan di
dalam mendekatkan diri kepada Allah tidak perlu lagi melalui proses pencarian
atau menelusuri jalan-jalan yang di temukan oleh kaum ahli spiritual di luar
Islam, kerana mereka di dalam perjalanannya harus melalui tahap-tahap
alam-alam, Islam di dalam menemui Tuhannya harus mampu memfanakan alam-alam
selain Allah dengan konsep:
laa ilaha illallah:
tidak ada Tuhan kecuali Allah
laa syai’un illallah: tidak
ada sesuatu (termasuk alam-alam) kecuali Allah
laa haula wala
quwwata illa billah: tidak ada daya dan upaya kecuali kekuatan Allah
semata .
Maka mulakanlah perjalan
dengan melangkahlah kepada yang paling dekat dari kita terlebih dahulu
(Allah) bukan melangkah dari yang paling jauh dari diri kita (alam-alam).
Satu lagi yang perlu
diingat dalam perjalanan menuju Allah, jangan mengharapkan sebarang
karamah dan kemampuan luar biasa, seperti boleh pergi ke Mekah dengan
sekelip mata, atau boleh berjalan di atas air, ini semua adalah hijab yang akan
menyekat dan menyesatkan salik daripada sampai kepada Allah.
Tetapi keramat
yang paling bernilai adalah dari serendah-rendah tempat atau dari
sehina-hina diri salik dapat sampai ke tempat yang paling Tinggi atau
Diri yang paling mulia di sisi Allah.
Semoga bermanfaat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar